UTAMA

12 June 2010

JANGAN DI LUPA KALAM ILAHI.

Fajar Menyensing Dikala Senja
Senja Sayu Keheningan Malam
Malam Indah Cahaya Bulan
Bulan Purnama Pasangannya Bintang.

Dilihat Tenang Umpama Langit
Selangit Biruan Rupanya Laut
Dalamnya Penuh Khazah Misteri
Ialah Jua Sumber Rezeki

Laut Terbentang Penuh Tenang
Sekali Datang Ombak Yang Garang
Hancur Musnah Binasa Daratan
Kerna Ia Pusaran Dunia.

Gunung Ganang Bukit Bukau
Gunung Umpama Impian Diri
Tinggi Lagi Ke Inginan Hati
Merungkai Alam Penuh Mesteri

Segumbulan Awam Berarak Pergi
Pergi Kerana Tiupan Angin
Angin Lalu Memberi Erti
Erti Tenang Di Tiup Angin

Terbit Mentari Saban Hari
Mentari Terbenam Keindahan Diri
Saban Hari Mengangkat Jemari
Tanda Syukur Rahmat Ilahi.

Jangan Di Beza Akan Diri
Diri Sendiri Empunya Diri
Biar Berdiri Kerana Sendiri
Bukan Berdiri Kerana Bantuan

Siapalah Kita Tanpa Alam
Alam Tercipta Kerana Insan
Jangan Merasa Dirinya Sempurna
Takkan Kekal Insan Di Dunia.

Diri Sendiri Penentu Diri
Bukan Terawang Impian Diri
Diri Mu seumpama Cahaya
Jangan Riak Akan Kurnianya.

Tiada Beza Buat Insan
Kelak Di Hintung Di Akhir Zaman
Ibadah Dan Iman Penentu Segala
Jangan Di Lupa Kalam Ilahi.

Segala Yang Terjadi Kehendak Ilahi
Bukan Kita Yang Menentu Segala
Dengan Izin Nya Akan Terjadi
Jangan Di Tanya Akan Semua

Nurkilan : Ku Alam

No comments:

Post a Comment

Andai penulisan ini kurang sempurna, susun kata yang kurang arif, bahasa yang kurang sempurna. Jika ada sepatah kalam, sebaris ayat yang boleh dijadikan ilmu, kepada tuan jualah pendeta yang arif lagi bijaksana dalam perkongsian ilmu.