UTAMA

13 June 2010

CEBISAN RIWAYAT ALMARHUM SULTAN SULEIMAN SHAH-SULTAN YANG MENGASIHI ULAMA

Almarhum di puterakan di Kuala Selangor pada 19 Rabiul Akhir 1282 Hijrah/11 September 1865 Masihi dan mangkat di Istana Mahkota Puri, Klang pada 30 Muharam 1357 Hijrah/31 Mac 1938 Masihi, almarhum mempunyai lima (5) orang adinda iaitu YM Raja Yahya Sani, YM Raja Abdul Murad, YM Raja Muhammad Tahir, YM Raja Taksiah dan YM Raja Chik. Dilantik menjadi Raja Muda selepas kemangkatan almarhum ayandanya iaitu Raja Muda Musa Ibni Sultan Abdul Samad pada Tahun 1887 di Istana Jugra, Kuala Langat, oleh nenda baginda iaitu Paduka Sri Sultan Abdul Samad Ibni Tengku Panglima Besar - Raja Abdullah
Baginda diberi nama sebagai Raja Sulaiman Shah Bin Raja Musa, Dengan kehendak ilahi yang maha Esa, baginda di angkat darjatnya untuk menjadi pemerintah di Negeri Selangor. Maka dikenali dengan panggilan Raja Yang Dipertuan Paduka Sri Sultan Ala' uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa Ibni Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Ungku Panglima Besar Raja Abdullah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah Ibni Almarhum Raja Lumu (Sultan Salehuddin Shah-Sultan Selangor yang pertama) Ibni Almarhum Upu Daeng Celak@ Raja Tua (Yamtuan Muda Riau yang kedua) Ibni Opu Ten Ri Burang Daeng Rilaga Ibni Opu La Madusalat (La Madu Saleh) (‘Datu Of LUWU’ La Patiware’ Daeng Parebung) Bin Letta Lenderang @ Lenderang Letok Bin Paduka Sawari Gading, Datu Of Luwu, Opu na Ware (Yang Dipertuan Diware) Bin Batara Lettu Ibni Batara Guru I.

Warisan susur galur almarhum dari keturunan sebelah ayah baginda adalah keturunan anak Raja Bugis yang berasal dari Luwuk, Sulawesi dan dari sebelah Bonda dari jurai keturunan puteri Kerajaan Riau. Datuk nenek almarhum yang bernama Raja Lumu adalah adik beradik dengan pahlawan Melayu yang terkenal, iaitu Almarhum Raja Haji Asy-Syahid FiSabilillah yang mangkat dalam peperangan melawan Belanda di Teluk Ketapang, Melaka pada 18 Jun 1784 Masihi.

Baginda dimahyurkan menjadi Sultan Selangor ke-5 di Istana Jugra, Kuala Langat, Bertahta dari tahun 1898 Masihi hingga 1938 Masihi, memerintah dalam masa lebih kurang 40 tahun hingga memungkinkan sambutan Jubli Emas Pemerintahan almarhum. Almarhum Sultan Sulaiman, Sultan Selangor Darul Ehsan dapat dikategorikan seorang Sultan yang mengasihi akan ulama dan bertaraf ulama.
Potret beramai-ramai ketika Pertabalan Paduka Sri Sultan Alauddin  Suleiman Shah sebagai Paduka Sri Sultan Selangor.
mOHOM sULEIMANKewajipan dan tanggungjawab menyebar dan mempertingkatkan pengetahuan Islam di Kerajaan Selangor, almarhum Sultan Sulaiman telah mendatangkan beberapa orang ulama besar didalam kerajaan yang diperintahnya. ianya mencerminkan keperibadian almarhum Sultan Sulaiman dalam usaha sedemikian rupa menggabungkan kerjasama, kesepaduan dan keserasian antara pemerintah dan ulama sebagaimana yang disuruh oleh Rasulullah S.A.W.
Dalam penyebaran Islam di negeri lain selain Selangor, almarhum Sultan Sulaiman juga mempunyai rasa tanggungjawab. Sebagai buktinya, walaupun baginda kasih terhadap Tengku Muhammad bin Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani, namun kerana masyarakat Jambi sangat memerlukan ulama, baginda merestui keberangkatan Tengku Muhammad dari Klang ke Jambi.
Sebagai bukti bahawa baginda mementingkan Pembangunan keIslaman, didalam negeri maka terbinanya sebuah masjid dengan nama baginda sendiri iaitu Masjid Alauddin di Jugra, Selangor. Di masjid tersebutlah Sultan Alauddin Sulaiman Shah selalu membaca khutbah Jumaat, khutbah kedua-dua hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagai bukti bahawa baginda adalah seorang sultan yang mampu dan aktif dalam kegiatan-kegiatan Islam.
Almarhum jua menulis karangan dan puisi mengenai akidah iaitu Nasihat Guru Pada Murid''. Mengenai ini baginda menulis dalam bentuk puisi yang terdiri daripada 22 bait empat-empat rangkap. Sebagai contoh, beberapa bait antaranya ialah:
`Tuntutlah ilmu akhirat dunia, hidup matimu dapat bahagia. 
Ke manamu pergi jadi mulia, tidaklah hidup sia-sia
Pergi sekolah janganlah segan, 
ilmu agama jangan dilupakan
Sama dituntut sama amalkan, dua-duanya sama muliakan.
Agama Islam amat sebenar, peraturannya cukup benar. 
Tetaplah padanya jangan nanar, beroleh kebajikan yang bersinar `

Puisi yang mengandungi pemantapan pengenalan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. diatas baginda tutup dengan beberapa bait, katanya, `

Sekadar ini rencananya disurat, supaya ingat jangan melarat. 
Menghafaz membaca janganlah berat, iman di dada akar berurat.
Cinta ibu harus diingat, bapa berharap beserta sangat 
Anak yang soleh jadi semangat, setiap waktu setiap saat.
Harap ibu orang yang cinta, bapa dan kaum pula serta. 
Anak berilmu alim pendeta, biarlah habis wang harta `

Almarhum telah bersuri beberapa kali dan mempunyai keturunan yang ramai iaitu seramai 44 orang Anakanda. Antara Warisan Almarhum Sultan Sulaiman Shah yang telah memungkinkan berkembangnya warisan almarhum di pelusuk negeri hasil perkahwinan anakanda, cucuanda almarhum dengan Raja Raja Melayu di dalam Gugusan Nusantaraa khususnya Warisan Perak, Kedah, Johor, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Kelantan, Brunei, Langkat dan Riau. Rujuk salasiah dibawah.

Hakikatnya terlalu banyak sumbangan almarhum sepanjang memerintah negeri Selangor Darul Ehsan selama 40 Tahun yang sukar untuk di perincikan didalam sesebuah artikel.
Senarai putera dan puteri Sultan Alauddin Suleiman Shah

Dari Tuhfat Al-Nafis:- Di Nyatakan Raja Bugis Berasal Dari Puteri Balkis + Nabi Sulaiman AS, Zuriat Nabi Daud AS Keturunan Nabi Ibrahim AS:...
Waullah Wallam Sumber dari :-
1. Dari lain-lain sumber.
2. Namun sumber didalam Uqconnet dan Royalark terdapat sedikit sebanyak pencangahan
3. Ruangan Agama, Utusan Malaysia, terbitan Isnin, 22 Mac 2004,
4. http://uqconnect.net/~zzhsoszy/states/malaysia.htm.
5. http://www.royalark.net/Malaysia/selangor.htm.

No comments:

Post a Comment

Andai penulisan ini kurang sempurna, susun kata yang kurang arif, bahasa yang kurang sempurna. Jika ada sepatah kalam, sebaris ayat yang boleh dijadikan ilmu, kepada tuan jualah pendeta yang arif lagi bijaksana dalam perkongsian ilmu.