UTAMA

18 October 2007

SUMPAHAN KETURUNAN RAJA RAWA

Sumpahan bermula berabad-abad lalu apabila rakyat Pagar Ruyung di Bukit Siguntang, Sumatera mencari pengganti raja yang mangkat.
Yang menjadi masalah dua putera almarhum telah lama meninggalkan negeri itu, seorang ke Negeri China dan seorang lagi pergi ke Rom dan anakanda ketiga almarhum pula adalah seorang puteri yang di panggil PUTI.

Masa berlalu, raja-raja dilantik semuanya mati tidak serasi, melalui tukang tilik, rakyat diberitahu bahawa cuma ada seorang sahaja yang sesuai dinobatkan menjadi raja, iaitu anak anakanda kepada puteri, tapi masalahnya, anakanda puti juga perempuan. Lantas, rakyat bukit siguntang mengelilingi rumah puti untuk mengambil anakandanya menjadi raja, puti membantah namun tak diendahkan.

Kalau kamu berkehendak juga, ada pantang larangnya anak dan keturunan beta tidak boleh memijak tanah, naik buaian dan menyentuh bunga sampai umurnya 13 purnama. KALAU INGKAR, TUNGGULAH BALA DATANG MENIMPA. Juga bila raja kamu mangkat, hendaklah tujuh orang menadah air mandian mayatnya, tujuh lagi melompat keluar dari tingkap dan cacakkan tombak ditanah.

Rakyat semua bersetuju, lalu anakanda puti pun dijadikan raja.
Adat dan pantang larang terus dipatuhi sehinggalah warga bukit siguntang dan darah daging puti yang berketurunan rawa berhijrah , termasuk ke semenanjung tanah melayu.

Sumber : BUKU MASTIKA

Versi Lain.

Asal usul pantang tanah ni kerana Raja asalnya tu yang berketurunan Rawa telah tersilap membunuh satu-satunya putera yang ada, kerana takut akan firasat bomoh yang mengatakan ada seorang yang telah lahir mengambil kuasa ditanah Rawa. Lalu diperintahnya selagi ada bayi lelaki yang lahir pada tarikh yang difirasat itu dibunuh semuanya.
Oliha kerana suasana kelam kabut, pengasuhnya sedang mendukong Putera Rawa tersebut di luar Istana terkejut bayi yang didukungnya dirampas olih pengawal raja Rawa untuk diBunuh. Setelah selesai kerja pembunuhan dilakukan maka Raja Rawa meminta Puteranya dari pengasuh tersebut, alangkah terkejutnya bahawa Puteranya turut dibunuh kerana perintahnya yang zalim itu.
Maka Tiada lagi waris yang bolih memerintah Tanah Rawa, lalu diperintah pula mengambil putera raja dari berbagai jajahan dari negeri untuk dijadikan Waris Rawa, tapi semuanya mati.
Lalu Raja Rawa meminta dari Raja Bugis untuk mengambil Puteranya menjadi Waris Rawa, tapi diberi satu syarat dan adat, iaitu Putera tersebut tidak bolih memijak tanah selagi upacara memijak tanah diadakan. Syarat tersebut diikut, hiduplah Putera Bugis itu menjadi Waris memerintah tanah Rawa.
Maka jadilah adat pantang tanah sehingga hari ini, setiapa keturunan Raja Rawa walaupun perempuan atau lelaki mesti mengikut adat pantang tanah sehingga adat dan upacara diadakan, barulah bayi itu dibenarkan berjalan diatas tanah. Kalau tak cirit birit kuning hijau akan terjadi dan bayi itu akan cacat atau mati.
Inilah sejarah yang tersembunyi dan ada juga mereka yang tidak mahu mengaku bahawa mereka sebenarnya berdarah Raja Bugis campur dengan Rawa.

Cerita ini dari mulut Raja Rawa sendiri berasal dari Tanah Rawa yang telah menetap diKampung Sungai Itik, Gopeng, Perak. Beliau telah meninggal dunia.
keturunan asal Putera Bugis yang diambil sebagai Putera olih Raja Rawa dahulu.
Itulah cerita serba sedikit keturunan Raja Rawa.
Raja Rawa Sungai Itik, Gopeng Perak.
sumber dari farum jejakkeluarga bugis

No comments:

Post a Comment

Andai penulisan ini kurang sempurna, susun kata yang kurang arif, bahasa yang kurang sempurna. Jika ada sepatah kalam, sebaris ayat yang boleh dijadikan ilmu, kepada tuan jualah pendeta yang arif lagi bijaksana dalam perkongsian ilmu.