UTAMA

09 December 2016

Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah diatas Perlantikan sebagai Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan.

Daulat Tuanku.... Dirgahayu Tuanku, Allahu Akbar


Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah diatas Perlantikan 
Duli Yang Teramat Mulia 
Tengku Mahkota Kelantan Darul Naim
Tengku Dr. Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra
sebagai 
Yang Maha Mulia 
Pemangku Raja Kelantan. 

Baginda dilantik dan menerima pengurniaan watikah pelantikan sebagai Pemangku Raja Kelantan pada majlis istiadat yang berlangsung di Istana Kota Lama petang 7 Disember 2016 oleh Paduka Kekanda banginda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Ibni Sultan Ismail Petra dan akan mengalas amanah tersebut sepanjang Paduka Kekanda banginda iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Ibni Sultan Ismail Petra menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15. 

Paduka Kekanda baginda akan memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.