UTAMA

10 April 2015

Martabat Tengkolok Diraja Perak

Y.M Raja Dato' Sri Arif Shah Bin Raja Kechil Sulung Harun Al Rashid Al-Haj
Tengkolok yang memperlihatkan "PUCUK REBONG" yang khusus istimewa KHAS bagi KAUM KERABAT (Diraja) SAHAJA sebagaimana yang dinyatakan oleh Y.M Raja Kobat Salehuddin Ibni Almarhum Raja Muda Musa bagi mengantikan CAP HALILINTAR yang terselit di telinga kanan DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK takkala di Tabal mengikut ketinggian Adat Istiadat Raja-Raja Perak.

Kejelasan berhubung Martabat Pucuk Rebong oleh Y.M Raja Kobat Salehuddin
Terdapat jua yang mengunakan tengkolok yang meletakkan "PUCUK REBONG" di sebelah kiri dan tengah-tengah. Demikian jua Garam Sebuku yang menunjukkan bahawa ikatan disebelah Kanan bagi Waris dan Kerabat Diraja, Tengah pula kepada pembesar dan kiri bagi orang biasa. Yang pasti ianya mempunyai maksudnya yang tersendiri bagi memperlihatkan taraf dan martabat seseorang itu.

Istiadat Pakaian Peraturan Pakaian Kehormatan Melayu Bagi Lelaki yanb terkandung didalam Adat Lembaga Negeri Perak.

RAJA RAJA WARIS NEGERI. 
- Berbaju Kepuk Benang Emas Bertabur,
- Berseluar Sutera,
- Berkain Pancung Benang Emas Bertabur,
- Bertengkolok Benang Emas Bertabur Ikat Solek,
- Berikat Bengkung Benang Emas Bertabur,
- Berkeris Pendek

DATO KEHORMAT. 
- Berbaju Kepuk Berseluar Sutera Warna Biru Tua,
- Berkain Pancung Benang Emas Warna Merah Tua ( Bukan Jong Sarat atau Bertabur )
- Bertengkolok Benang Emas Bertelepuk Ikat Getam Pekasam Warna Hitam ( Bukan Jong Sarat atau Bertabur )
- Berikat Bengkung Benang Emas, Warna Merah Tua ( Bukan Jong Sarat atau Bertabur )
- Berkeris

Susunan Yang Pertama Adat Lembaga Orang-Orang Melayu di Dalam Negeri Perak Darul Ridzuan Daripada Zaman Purbakala yang tersimpan di Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur (ANM No. ARA/28/ 2007/ 0052785). Naskhah mengandungi 60 halaman dan telah dikarang dalam zaman pemerintahan Paduka Seri Sultan Iskandar Shah (1918-1938).

Nama pengarang naskhah tiada dicatatkan, tetapi pada halaman awal naskhah ada disebutkan beberapa orang pembesar Perak yang terlibat dalam penyusunannya, iaitu Raja Kecil Sulung Harun Al Rashid Ibni Almarhum Sultan Idris I, Raja Bendahara Yussuf Izzudddin Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil, Raja Kamar Bahrin, Orang Kaya Besar Maharaja DiRaja dan Raja Aman Shah. Tokoh-tokoh ini adalah pembesar yang terlibat secara langsung dengan sejarah dan kehidupan istana Perak dan mempunyai kewibawaan dalam penyusunan adat istiadat yang berkaitan dengan istana Perak