UTAMA

09 June 2012

CREST ATAUPUN BADGE CAR WARISAN KELUARGA DIRAJA

Jata ataupun dalam ertikata lain sebagai mana merujuk Kamus Dewan ialah Lambang Kebesaran Negeri dan jata diraja hanya digunakan pada kepada kenderaan Sultan, Raja Perempuan, Bakal-Bakal Raja bagi Negeri Perak Darul Ridzuan iaitu DYTM Raja Muda dan DYAM Raja Di Hilir.

WARIS NEGERI PERAK mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, adalah zuriat yang diakui telah diperanakkan dengan jalan yang halal daripada tubuh dan darah daging Sultan yang (18) kelapan belas. Ianya hendaklah seorang anak lelaki, cucu lelaki, cicit lelaki dan sebagainya dari sebelah pihak BENIH turun temurun sehingga yang akhir sekali, ini kerna sistem pemerintahan beraja Perak berlainan dengan negeri-negeri lain di Malaysia.
Setiap bakal sultan akan melalui tangga-tangga raja bergelar sebelum menduduki tahta utama negeri. Sistem yang diamalkan ialah menerusi kenaikan pangkat Bakal Sultan dan tidak mengikut sistem turun menurun dari Raja Pemerintah kepada puteranya. Sistem yang unik ini adalah melalui ikut giliran pemerintahan.

Negeri Selangor ianya hanya dikhaskan kepada Paduka Sri Sultan Selangor dan DYTM Raja Muda. Namun di Selangor mempunyai Jata Warisan Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa yang lebih dikenali sebagai Suleiman Takok yang digunakan olehAnakanda, Cucu, Cicit, Piut (Warisan Sultan Alauddin Suleiman Shah) dan jata ini telah digunakan ketika era tahun 50an.

JATA WARIS NEGERI dan JATA SULEIMAN TAKOK hanya kepada Waris sahaja. Ianya bukan untuk bermegah-megah, jauh sekali untuk bebas daripada peraturan di jalan raya dibawah AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 (AKTA 333) DAN PERATURAN LALULINTAS 1958 tetapi hanyalah sebagai lambang ukhuwwah dan silaturahim sesama Warisan Kekeluargaan Diraja. Barangsiapa diantara Waris Negeri Perak dan jua Warisan Sultan Suleiman yang melakukan kesalahan pasti akan dikenakan tindakan undang-undang negara.

Pemakaian badge kereta Waris Negeri Perak atau Alauddin Suleiman Shah tidak akan terlepas dari tindakan undang-undang.

Di antara syarat-syarat pengunaan Crest (BADGE CAR) adalah seperti perincian dibawah.

1. Crest hanya boleh dipakai di hadapan kenderaan sahaja.
2. Crest hendaklah ditutup jika pemandu kenderaan tersebut BUKAN Waris Negeri.

CREST Warisan Diraja umpama maruah didalam memartabatkan institusi kekeluargaan Warisan Diraja. Tiada apa lagi yang tinggal untuk KAMI sebagai Warisan melainkan ‘crest’ ini sahaja sebagai lambang ukhuwwah dan silaturahim BUKAN untuk bermegah.

PERHATIAN:

Mana-mana individu yang bukan Warisan Diraja yang masih sedar akan benih batang tubuh diri sendiri harap dapat membuka Crest/Logo seperti diatas.
Seandainya didapati anda BUKAN WARISAN YANG SAH dan dianggap sebagai mencemar nama baik, tindakan membuat laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat berdasarkan no pendaftaran kenderaan agar tindakan boleh diambil kerana mencemari institusi beraja.

BADGE ATAUPUN CREST TIDAK DIJUAL / TIDAK SAH DIPAKAI KEPADA MANA-MANA INDIVIDU YANG TIDAK DIKATEGORIKAN SEBAGAI WARIS NEGERI dan WARISAN SULEIMAN TAKOK KERNA IANYA BOLEH DITAKRIFKAN KESALAHAN DIDALAM PENIPUAN khususnya BANGSA ASING, JANGAN TERPEDAYA KHUSUSNYA BANGSA ASING DAN ADALAH WAJIB BERTANYA SIAPA KEPADA SI PEMAKAI DIKALANGAN MEREKA BERBANGSA MELAYU, SEPERTI DARI WARISAN MANA, HUBUNGAN KEKELUARGAAN, DAN MERUJUK KEPADA WARISAN YANG LEBIH TUA UNTUK KEPASTIAAN DAN YANG PENTING NO PENDAFTARAN KENDERAAN TERSEBUT DI REKOD..

NOTA PENTING :

Terdapat banyak orang luar yang menyamar sebagai WARIS NEGERI PERAK dan WARISAN ALAUDIN SULEIMAN SHAH dengan mengunakan BADGE CAR WARISAN DIRAJA bagi tujuan BERMEGAH DIRI!!!

MANUSIA PENDUSTA PASTI BINASA,
MEROSAK NAMA WARISAN DIRAJA,
LUPA DIRI NAK BERMAHARAJALELA,
PENGKINATA BANGSA PEROSAK INSTITUSI BERAJA.

BADGE RIS adalah dibentuk oleh Bekas Raja Kecil Besra Perak, YAM Raja Datuk Seri Izzudin Iskandar Shah Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah ketika menjadi Raja Bergelar Negeri Perak kerana melihat Crest Bonda Saudara iaitu YAM RAJA DATO HAJJAH INTAN SURAIYA BT ALMARHUM SULTAN ISKANDAR SHAH dan hanya dipakai oleh YAM Raja Datuk Seri Izzudin Iskandar Shah sahaja bukan orang lain.

WATIKAH DIRAJA ianya HANYA BOLEH DIKURNIAKAN OLEH SULTAN SAHAJA bukan Raja-Raja biasa demikian jua pengunaan BADGE CAR AHLI DIRAJA PERAK, KELUARGA DIRAJA PERAK kerana Di Perak hanya adalah WARIS NEGERI bukan Keluarga Diraja mahupun Ahli Diraja.

Contoh : Watikah Pengurniaan Pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Almarhum Tunku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad telah berkenan mengurniakan gelaran "DiRaja" kepada pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Mulai saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Di Raja Persekutuan" atau "The Royal Federation of Malayan Police".

Sumber : Penubuhan Pasukan Polis di Kedah.
Undang-Undang Tubuh Negeri Perak


BADGE CAR : YAM RAJA DATO HAJJAH INTAN SURAIYA BT. ALMARHUM SULTAN ISKANDAR SHAH DPCM.

Badge Car

Khas Bagi Warisan Keturunan Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa - Sultan, Raja Yang Dipertuan Selangor Ke 4. "Crest Suleiman Takok adalah dirujuk kepada Jata"

Badge RIS adalah dibentuk oleh Bekas Raja Kecil Besra Perak, YAM Raja Datuk Seri Izzudin Iskandar Shah untuk peribadi tetapi tidak tertulis KELUARGA DIRAJA hanya tertulis perkataan RIS saja.


04 June 2012

DOA SEORANG SULTAN, RAJA YANG DI-PERTUAN NEGERI PERAK – SULTAN ALANG ISKANDAR

Doa seorang Sultan, Raja Yang Di-Pertuan Negeri Perak dengan merendahkan sifat dan martabat diri mengelarkan dirinya seorang hamba yang faqir di sisi Allah SWT dan seisi Negeri.

“Ya Allah, Ya Tuhanku, Selamatkan isi negeri Perak dan negerinya dan Engkau jauhkan dari segala bala dunia dan akhirat. Hai Tuhanku, bukakan hati kami, hamba-hamba Engkau di dalam negeri Perak, taat menjunjung titah Engkau,
Ya Allah. Engkau panjangkan umur sekeliannya, taat mengerjakan yang Engkau suruh dan merentikan yang Engkau tegah.
Ya Allah, Ya Rabbi, Ya Junjunganku, Engkau kabulkan permintaan hambaMu,
Iskandar Shah.”


Faqir,
Iskandar Shah,
Sultan Negeri Perak.

" Tada sekali niat Faqir dengan bermegah - megah ataupun dengan menunjukkan kepandaian melainkan hanya Faqir berserah dan berpegang semata-mata pada Tuhan kita"

01 June 2012

SULTAN ALAUDDIN SULEIMAN SHAH MENERIMA KCMG


Mohom Sultan Alauddin Suleiman Shah Of Selangor menerima Knight Grand Cross - the title 'Sir' pada Tahun 1929
The Most Distinguished Order of Saint Michael and Saint George
(The Order includes three classes, in descending order of seniority:
- Knight Grand Cross or Dame Grand Cross (GCMG)
- Knight Commander (KCMG) or Dame Commander (DCMG)
- Companion (CMG)



SULTAN ABDUL SAMAD BERSEMAYAM DI JUGRA


DYMM Sultan Abdul Samad merupakan Anakanda kepada Tengku Panglima Selangor - Raja Abdullah merupakan seorang yang baik dan pendiam.
Baginda sentiasa tinggal di Jugra dan jarang meninggalkan, kecuali untuk datang ke Kuala Lumpur untuk perkara yang melibatkan urusan kerajaan dan hanya singgah sekali atau dua kali sahaja. Baginda sangat rapat dan bersahabat dengan Sir Dementi Smiti sepanjang 12 tah...un tempoh perkhidmatan beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi. Perhubungan baginda bersama pesuruhjaya Tinggi saling memahami antara satu sama lain, walaupun dari Barat dan Timur.

Baginda berkesempatan lihat persekutuan Negeri Melayu bersekutu iaitu Perak, Selangor, Negeri Semblan dan Pahang. Baginda berangkat ke Kuala Kangsar pada tahun 1897, walaupun ketika itu baginda telah uzur sangat bagi, menghadiri Durbar pertama setelah buat pertama sekali di dalam sejarah keempat-empat pemerintah bertemu bersama dengan Penasihat British di Majlis tersebut.

Di Jugra, baginda mempunyai koleksi unik emas barang kemas dan lain-lain
hiasan, ia dipercayai lebih daripada satu perempat daripada satu tan.
Ianya disimpan untuk dijadikan khazanah, menjelaskan penggunaan dan asal mereka. hantu banyak bukit ini dan dialam sungai Jugra sendiri terdapat ikan yang unik dan aneh dikatakan wujud, mereka dikenali untuk menghuni perairan walaupun pedalaman tropika sedikit yang mengetahui tentang mereka.

Pewaris, atau Raja Muda, Raja Suleiman anak Raja Musa, dan cucu Sultan Abdul Samad. Pewarisan takhta dikatakan tidak pernah berehat semata-mata menguruskan hal-hal kerajaan dan dikatakan hampir selalunya mendapatkan nasihat daripada ketua-ketua kaum asli yang lebih tua dan mengkaji kebajikan Negeri secara keseluruhannya.