24 April 2016

Tugas-tugas & Tanggungjawab Orang Besar Daerah Di Negeri Selangor

Yang DiMuliakan Tengku Dato' Dr. Jamaluddin b Tengku Mahmud Shah AlHaj sedang mengangkat Sembah semasa Istiadat Menjunjung Duli sempena Pengiktirafan Pemasyuran Gelaran 
Pembesar Daerah adalah erti kata lain didalam sejarah Institusi Pembesar adalah Penghulu yang merupakan Wakil Duli Yang Maha Mulia Sultan di sesebuah daerah mahupun Jajahan Takluk didalam Negeri dan memikul amanah yang cukup besar sebagaimana yang tercatat didalam Undang-Undang Orang Jadi Raja Ataupun Penghulu Didalam Sesebuah Negeri Atau Mukim.  

"Adatnya” Ada pun hutang penghulu kepada rakyatnya, 
– Pertama mati rakyatnya di tanam, 
– Kedua, hilang rakyatnya di cari, 
– Ketiga kusut di selesaikan, 
– Keempat, jika salah dipatutkan. 

Senarai Pembesar Daerah didalam Negeri Selangor yang berkemungkinan besar rakyat didalam Negeri tidak menyedari akan kewujudan Institusi Pembesar Daerah dan Peranan Mereka. Orang Besar Daerah jika di imbas kembali tradisi zaman Kesultanan Melayu bertaraf seperti Undang Luak yang terdapat didalam Negeri Sembilan dewasa ini. Orang Besar Daerah merupakan Wakil Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kepada Rakyat didalam sesebuah Daerah yang akan membawa segala permasalahan Rakyat kepada pengetahuan Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk dibincangkan. 

1. Yang DiMuliakan Tengku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang – Tengku Dato’ Prof. Dr. Jamaluddin Bin Tengku Mahmud Shah Alhaj 

2. Yang DiMuliakan Tengku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya Kuala Langat – Tengku Mohamed Bin Tengku Harun, 

3. Yang Amat Dihormatkan Dato Orang Kaya Maha Bijaya Klang – Y.A.D. Dato’ Setia Diraja Dato’ Abdul Ghani Bin Pateh Akhir, 

4. Yang Amat Dihormatkan Dato Orang Kaya Maha Bijaya Gombak – Y.A.D. Tan Sri Dato’ Paduka Raja Dato’ Haji Wan Mahmood Bin Pa’wan Teh, 

5. Yang DiHormatkan Dato Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya Ulu Langat – To’ Engku Abdul Jalil Bin Abdul Rani, 

6. Yang DiHormatkan Dato Penggawa Tua Permatang Paduka Mahabijaya Kuala Selangor – Dato’ Mohamad Yaacob Bin Dato’ Ismail, 

7. Yang DiHormatkan Dato Orang Kaya Maha Bijaya Sabak Bernam – Dato’ Haji Baharin B.Hj Mat Akhir, 

8. Yang DiHormatkan Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor – Dato’ Haji Aman Shah Bin Mohd Shahar, 

9. Yang DiHormatkan Dato Orang Kaya Maha Bijaya Petaling – Dato’ Haji Emran Bin Haji Kadir. 

Tugas-tugas Dan Tanggungjawab Orang Besar Daerah (OBD) 1:- 

1. Sentiasa mengambil berat dan perhatian terhadap perkara/masalah yang lazimnya diberi perhatian oleh DYMM Sultan Selangor. 

2. Berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa berhubung rapat dengan rakyat. 

3. Mengambil perhatian khas dan menjalankan rancangan yang diadakan oleh Jabatan Agama Islam dalam menyumbangkan aktiviti untuk meninggikan Islam. 

4. Sentiasa bekerjasama diantara Pegawai Daerah, Pegawai-Pegawai Kerajaan di Daerah dan kerap mengadakan mesyuarat dan rundingan dalam setiap perkara demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat DYMM Sultan Selangor. 

5. Sentiasa memberi kesetiaan tidak berbelah bagi kepada raja, bangsa dan agama. 

6. Berpegang teguh kepada ajaran agama. 

7. Sentiasa peka terhadap peraturan dan dasar-dasar Kerajaan. 

8. Sentiasa melawat daerah yang diwakilinya untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh rakyat DYMM Sultan Selangor. 

1. http://www.selangor.gov.my/kualalangat.php/pages/view/181

Translate