18 January 2012

PAMERAN KESULTANAN DIRAJA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN.


BERSEMPENA TAHUN MELAWAT PERAK 2012.

SEMPENA TAHUN MELAWAT NEGERI PERAK TAHUN 2012.

TELAH DIADAKAN PAMERAN KESULTANAN DIRAJA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN.

BERTEMPAT : DEWAN BANDARAN / IPOH TOWN HALL,

TARIKH : MULAI 21 JANUARI 2012 SEHINGGA 29 FEB 2012

MASA : 10PAGI HINGGA 5 PETANG.

MAKA MOH BERAMAI-RAMAI KE IPOH SAMBIL MELIHAT PAMERAN DAN MENGETAHUI RIMPUNAN KOLEKSI WARISAN DIRAJA PERAK DAN SAMBIL MERAIKAN TAHUN MELAWAT PERAK 2012.

SEMOGA DENGA DAPAT MEMPERKUKUHKAN LAGI TALI SILATURRAHIM SESAMA KITA. … INSYALLAH

11 January 2012

ANGLO CHINESE SCHOOL SEBAGAI SK/SMK METHODIST ACS MERUPAKAN SEKOLAH TERTUA DI KLANG DAN SELANGOR

Anglo Chinese School (yang lebih dikenali sebagai SK/SMK Methodist ACS atau ACS) merupakan sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan di Jalan Raya Barat, Klang. merupakan sekolah yang tertua di Klang dan Selangor dan dikenal pasti sebagai sekolah yang ketiga tertua di Malaysia. ACS didirikan pada 10 Mac 1893 oleh Sir William Hood Treacher.

Pada mulanya sekolah rendah dan sekolah menengah disatukan. Kedua-dua sekolah tersebut dipisahkan kemudian apabila berlaku peningkatan pendaftaran. Sekarang, sekolah rendah dan sekolah menengah masing-masing menggunakan bangunan yang berlainan dan dipisahkan oleh sebuah kantin yang sama-sama digunakan oleh sekolah tersebut. Terdapat rancangan untuk membina sebuah kantin baru untuk SM pada tahun 2010.

Bermula pada 1893 dari usaha tauke Cina yang ingin mendapatkan pendidikan Inggeris untuk anak-anak mereka. pada ketika itu Pegawai Daerah Mr. Walter W. Skeat telah berusaha untuk mendapatkan bantuan.
Bermula di rumah seorang Penghulu yang bernama Mohid dengan jumlah pelajar 14 orang maka lahirlah sekolah aliran Inggeris pertama di Selangor.

Dua tahun beroperasi sebagai sekolah swasta dan beroperasi dengan pembiayaan daripada sumbangan orang ramai. Pada 1896 diambil alih oleh kerajaan dan pada tahun 1915 sekolah diletakkan di bawah pentadbiran mubaligh Methodist Episcopal Mission dengan En. Lim Chin Kheng sebagai Guru Besar pertama.

Pada Julai 1920 sekolah telah terbakar dan memusnahkan hampir keseluruhan bangunan. Pada 16 Julai 1921, sebuah bangunan baru di Jalan Raya West dibuka dan dirasmikan oleh En. Oliver Marks (Residen Selangor) dihadiri bersama Sultan Selangor Sultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni Raja Muda Musa.

1922 - Kumpulan pelajar pertama telah menduduki "Senior Cambridge Exams".

1940 an - Apabila Perang Dunia Kedua meletus di Asia Tenggara, bangunan sekolah digunakan sebagai ibu pejabat, rumah sakit dan mahkamah oleh pihak Jepun.
Pihak Jepun membuka semula sekolah pelajar wajib mempelajari bahasa Jepun(Nippon-Go)

1946-1949 - Selepas pendudukan Jepun, sekolah beroperasi sebagai hospital oleh tentera British. Kemudian ua berfungsi semula dan pada 1948, pengajaransains dapat dikendalikan di sekolah.

Penubuhan sekolah ini bermakna bermulanya sekolah aliran Inggeris yang pertama di Selangor. Pada awal penubuhannya ia adalah sebuah sekolah swasta yang dibiayai oleh penduduk Klang. Hanya pada 1896 kerajaan mula mengambil alih. (kini ia adalah sekolah bantuan modal). Pada 1921, Reverend (Padri) Abel Eklund dilantik sebagai Pengetua untuk menggantikan tempat Encik Lim Chin Kheng. Sekolah ACS Klang telah mencapai kemajuan yang baik di bawah pentadbiran Reverend Eklund. Majalah sekolah yang dikenali sebagai 'The School Review' telah diterbitkan pada tahun 1924 kemudian ditukar kepada Pelita Murid pada 1957 hingga kini.

Sejak penubuhannya, sekolah ACS Klang terus berkembang dan menjadi bertambah penting dari hari ke hari. Ketika Reverend Abel Eklund dan isterinya Mrs. Ruth Eklund tiba di Klang pada tahun 1921, didapati 15 orang pelajar perempuan telah menuntut di Sekolah ACS. Mrs. Eklund telah menganggap penubuhan sebuah sekolah untuk pelajar-pelajar perempuan di Klang sebagai tugas beliau. Oleh yang demikian, beliau telah mengasaskan sebuah sekolah perempuan yang dikenali sebagai Methodist Girls' School (MGS) Klang pada 24 Mei 1924.

Pada 10 Mac 1993, Sekolah ACS Klang telah berusia 100 tahun. ACS Klang telah berubah menjadi sebuah institusi pendidikan moden yang merangkumi sekolah rendah dan sekolah menengah.



Rujukan : -Anglo Chinese School, Klang - Wikipedia

Translate