28 April 2011

AQIDAH SULTAN SELANGOR ALMARHUM SULTAN ALAUDDIN SULEIMAN SHAH : ALLAH ADA TANPA TEMPAT


Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah bersemayam di atas mimbar masjid Diraja Sultan Kg. Bandar Kuala Langat membaca kuthbah Jumaat pada 1937".

Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah bertitah dalam kitab baginda Pohon Agama; Bahagian Rukun Iman[1]:

“5. “Qiyamuhu bi-nafsi-hi” maka bukan Ia jirim (mengambil lapang) dan bukan Ia arad (barang yang berkehendak kepada tempat pendiriannya). Maka tiada Ia di atas sesuatu dan tiada Ia di bawah sesuatu dan tiada ada kanan sesuatu dan tiada di kiri sesuatu dan tiada di hadapan sesuatu dan tiada di belakang sesuatu dan tiada bagi-Nya atas dan tiada bagi-Nya bawah dan tiada bagi-Nya kanan dan [tiada] bagi-Nya kiri dan tiada bagi-Nya hadapan dan tiada bagi-Nya belakang dan tiada bermasa dan tiada bertempat dan tiada disifatkan zat-Nya dengan kecil atau besar atau panjang atau pendek dan tiada bersifat zat-Nya dengan warna putih atau kuning atau hijau atau barang sebagainya dan tiada bermasuk-masukkan dengan sesuatu dan tiada Ia mengambil manfaat atau kerana menolakkan mudarat.”. Intaha [dipindahkan dari tulisan jawi]

Kitab Pohon Agama, hlm 10.

Aqidah yang ditulis oleh Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah di atas adalah aqidah yang telah diijmakkan (disepakati) oleh Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah seperti yang telah dijelaskan oleh para ulama muktabar. Antara ulama muktabar tersebut ialah al-Imam Abu Mansur ^Abdul-Qahir al-Baghdadi. Beliau telah menjelaskan kesepakatan tersebut dalam kitab beliau al-Farq baynal-Firaq (sila lihat dalam http://al-masabihul-munawwirah.blogspot.com/).

Jawapan: Allah itu ada dan tiada sebarang keraguan tentang kewujudan-Nya. Adanya Allah itu tanpa kayf (bagaimana, bentuk atau cara)[1], tanpa tempat, tanpa arah atau ruang dan tidak menyamai suatu pun daripada makhluk-Nya serta tiada suatu pun daripada makhluk-Nya yang menyerupai-Nya.


Allah ta^ala berfirman:

أَفِى اللهِ شَكٌّ

Maknanya: “Tiada keraguan akan adanya Allah”. [Surah Ibrahim: 10]

Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:

كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ

Maknanya: “Allah ada (azali yakni ada tanpa permulaan) dan tiada sesuatu pun selain-Nya”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan selainnya]
___________________________

[1] Persoalan bagaimana atau cara hanya layak diajukan tentang sifat makhluk kerana ia merujuk kepada suatu bentuk, pergerakan dan perubahan sifat. Oleh itu, Allah Maha Suci dari sebarang persoalan bagaimana kerana ia melibatkan sifat makhluk.

[1] Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Pohon Agama; Bahagian Rukun Iman, Khazanah al-Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1325 H/ 2005 R, hlm. 10.

25 April 2011

MESTERI MERIAM PENGGAWA NEGERI SELANGOR - PENJAGA KERAJAAN SELANGOR


Kisah meriam datangnya pada tahun 1961 dengan mengandungi beberapa cerita lama yang agak tidak dapat dipercayai oleh akal manusia di zaman sains dan teknologi ini. Walau bagaimanapun disebabkan perkara ini telah berlaku, dianggap itulah sejarah. Tambahan pula bukti-buktinya masih boleh didapati melalui mereka yang terlibat.

Adanya meriam misteri ini adalah dengan inisiatif Datuk Penggawa Permatang Paduka Mahabijaya Kuala Selangor dengan bantuan beberapa orang kampung yang berminat di dalam bidang ini. Dari situlah meriam tersebut diberi nama Meriam Penggawa.

Tragedi

Lapan belas pucuk meriam yang masih ada di atas Bukit Selangor terdapat sepucuk darinya yang terpelihara dengan baik, malah meriam ini diberikan bangunan yang indah dan istimewa. Meriam ini pada mulanya terletak di atas tempat khas dibuat dari simen setinggi 3 kaki dalam sebuah pondok beratap zink...

Kini bangunan tersebut telah diperindahkan lagi ianya hampir menyerupai mimbar di dlm masjid...
Meriam ini juga tidak pernah sunyi dari berselimutkan kain berwarna kuning...

Disebalik rupa yg buruk tersembunyi suatu sejarah yg tidak dapat dilupakan oleh beberapa orang tempatan dan mereka yang hidup sezaman dengan kejadian tersebut... Meriam sepanjang 5 1/2 kaki dan garisan pusat muncungnya 7 inci ini sangat menarik ceritanya.

Mengikut cerita orang tua yang tahu mengenai hal ehwal senjata mengatakan meriam tersebut diperbuat dari besi kuning...

Percaya atau tidaknya mengenai cerita meriam ini adalah merupakan perkara kedua kerna tragedi itu berlaku setelah Negara telah mencapai kemerdekaan dan dunia telah lama menyeberang ke zaman sains dan teknologi...
Kejadian ni juga telah disaksikan oleh beribu-ribu penduduk Kuala Selangor dan sekitarnya...

Di antara mereka nama yang tercatat di bawoh ini benor-benar terlibat dalam kejadian tersebut...
Pertama.. YDH Datuk Hj. Ibrahim bin Datuk Ismail, Penggawa Permatang Paduka Mahabijaya Kuala Selangor.
Kedua.. En. Norbit bin Lakik, Jeram, bekas pekerja Majlis Daerah Kuala Selangor.
Ketiga.. En. Ab. Ghani bin Sulaiman, Ketua Kampong Jeram.

*** mereka merupakan sumber lisan untuk cerita berikutnya...

Meriam Meletup

Pada awal tahun 1961, Istana Alam Shah Klang telah siap dibina sebagai mengantikan Istana Mahkota Lama.

DYMM Sultan Abdul Aziz ketika itu belum lagi ditabalkan menjadi Sultan Selangor, seterusnya akan merasmikan istana tersebut.

Di halaman istana lama dahulu telah memang sedia ada enam pucuk meriam sebagai perhiasan, tetapi baginda berkehendakan supaya meriam tersebut dicukupkan tujuh pucuk bilangannya...

Dengan itu baginda telah menintahkan Datuk Penggawa Kuala Selangor mengambil salah satu sepucuk meriam yang ada di atas Bukit Selangor dibawa ke Klang. Datuk Penggawa sebagai yabg taatkan perintah menjunjong duli.

Setelah berunding dengan beberapa org pegawai kerajaan maka salah sepucuk meriam dari tiga pucuk sederet di tebing pintu Kota Selangor itupun hendak dibawa ke Klang...


Meriam tigo sederet tu mempunyai name masing-masing.. meriam pertama ialah.. Meriam Sultan Salehuddin..kedua Sultan Ibrahim..ketiga Sultan Muhammad


Setelah persetujuan dicapai, Datuk Penggawa pun memilih Meriam Sultan Ibrahim... Meriam itu bakal dibawa klang keesokan harinya.
Setelah malam walaupon keadaan cuaca di Kuala Selangor baik, tenang dan tiada menunjukkan akan hujan, tiada siapa menyangka tiba-tiba kedengaran bunyi letupan...

Letupan yang luar biasa ini telah menggegarkan beberapa buoh bangunan disekitarnya. Serentak dengan itu juga lampu nletrik semuanya padam dan Kuala Selangor menjadi gelap
Ketika itu tiada siapa menyangka suatu perkara ganjil berlaku. Masing-masing menganggap guruh atau petir menandakan hari hendak hujan.

Keesokan harinya Datuk Penggawa pagi-pagi lagi bersama-sama lori sampah dari Majlis Perbadaran Kuala Selangor menuju ke tempat meriam yang nak dibawa ke Klang. Sampai sahaja ke tempat yang dituju, Datuk Penggawa dengan keenam-enam orang buruh semuanya terkejut...

Mereka terkejut kerana mendapati Pokok Jati yang besar telah ranap membaham tanah dengan daunnya hangus seperti terbakar. Pangkalnya yg sebesor itu putus seolah-olah dipanah petir...

Kehairanan itu bertambah pula apabila beberapa orang lain sibuk memperkatakan semua pokok-pokok di kiri kanan jalan dari Kuala Selangor ke Assam Jawa sejarak 4 1/2 batu, semuanya hangus seolah-olah dimakan api...

Orang ramai mula membuat tafsiran msing-masing..tetapi titah Sultan pantang disanggah. Meriam pilihan tu terpaksa dibawa juga ke Klang... Tinggalah tapaknya sahaja kosong seolah-olah menunggu gantinya...

Keesokannya diberitakan Datuk Penggawa Permatang jatuh sakit... Perasaannya tidak tentu arah jiwanya rasa tertekan oleh sesuatu yang dia sendiri tidak tahu... Sesekali ingatannya melayang entah kemana menyebabkan fikirannya lemah... Beberapa orang doktor telah ditemui... Masing-masing mengatakan Datuk Penggawa tidak sakit..cuma fikirannya sahaja yang terganggu...

Datuk Penggawa cuba berubat kepada dukun Cina dan bbrapa orang bomoh Melayu yg diubat secara tradisional... Namunjawapan dari mereka tetap sama dan begitulah keadaannya berterusan... Terkecuali sorang daripada bomoh tersebut mengatakan. "Sekiranye Datuk Penggawa ingin sembuh, meriam Kuala Selangor yang dibawa ke Klang itu hendaklah diambil semula".

Setelah mendengar nasihat dan pandangan dari beberapa otang yenga lebig tua.. maka Datuk Penggawa pun pergi mengadap Sultan dalam keadaan lemah memohon agar meriam diletakkan semula ke tempatnya di Kuala Selangor...

Permohonan Datuk Penggawa tidak diperkenan... Khbarnya beberapa orang besar istana jugak mendapat penyakit yang sama dengan Datuk Penggawa. Kegagalan ini menyebabkan penyakit Datuk Penggawa berterusan...

Dengan kehendak Sultan hal ini dipanjangkan ke pengetahuan EXCO Selangor untuk memutuskannya... Malangnya EXCO terlalu lambat membuat keputusan...
Kisah nie tersebar ke seluruh negeri Selangor. Terdapat sorang anggota Polis Diraja Malaysia bertugas d Balai Polis Rawang iaitu Raja Hamzah menjelaskan bahawa beliau bermimpi sekiranya Datuk Penggawa ingin sembuh meriam yg dibawa ke Klang itu perlu dikembalikan ke tempatnya semula..atau..tempat meriam di Kuala Selangor yang kosong itu mesti diganti dengan meriam lain.
Raja Hamzah juga dikenali sebagai bomoh/dukun....Kemudian beliaulah yang akan memainkan peranan di dalam tragedi ini...

Kemudian Pak Sampul selaku penjaga makam bermimpi agar semua meriam yang ada di selimutkan dengan kain kuning... Kerja-kerja membalut semua meriam ini pun dilakukan....

Di Kuala Sungai Buluh


Datuk Penggawa yang terus berubat dengan bomoh tadi telah mendapat suatu alamat dan menyatakan kepada Datuk Penggawa agar memerintahkn beberapa orang anak buahnya pergi ke Kuala Sg. Buluh, kira2 7 batu ke selatan Kuala Selangor...

Rombongan ni adalah bertujuan mencari sepucuk meriam lain yang akan didapati di Kuala Sungai Buluh sebagai mengantikan meriam yg dibawa ke Klang... Mengikut dukun nie..bahawa arahan tesebut adalah dari Datuk Panglima Hitam Selangor melalui Raja Hamzah...

Satu persembahan yakni kenduri kecil di perkarangan Makam DiRaja pun diadakan sebelum rombongan seramai 20 orang itu pergi... Bomoh (Raja Hamzah) bertindak sebagai ketua rombongan...

Rombongan ke Kuala Sg. Buluh tu sampai ke tempat yang dituju selepas waktu Zuhur... Dalam keadaan mencari-cari masing-masing saling berpandangan..tiba-tiba ternampak suatu benda bulat berwarna kelabu lumpur bercampur hitam timbul dari tengah-tengah lanyau yang becak...

6 orang daripadanya diperintahkan turun untuk mengambil meriam tersebut... Setelah meriam tersebut rapat ke pinggir sungai.. mereka pun mengangkat meriam tersebut dan dinaikkan ke dalam motorbot tetapi malangnya meriam itu jatuh semula ke dalam air...

Kejadian ni menunjukkan ada sesuatu perbuatan yang tidak sesuai...Dalam keadaan begini bomoh pon menjalankn tugasnya meriam tersebut pun diheret masuk ke dalam motorbot... Disebabkn cara menaikkan tur betul seperti yg dikehendaki...

Sebaik-baik sahaja meriam tu dimasukkn ke dalam motorboat, hujan panas pun turun... Enjin motorbot pula tidak boleh di hidup walaupun dicuba beberapa kali tetapi gagal... Bomoh terpaksa memaninkan peranan lagi sekali lagi.. kerana masa itu air sedang surut menyebabkan motorbot tersebut hanyut ke kuala sungai...

Sebetulnya meriam tersebut tidak mahu pergi ke Kuala Selangor tetapi ia ingin pergi ke Pulau Besar. Dan Upacara memujuk pun dilakukan..akhirnya enjin dapat dihidupkan semula... Meriam ni adalah sepasang berasal dari Kerajaan Melaka dahulu.

Setelah diadakan upacara atau istiadat demi istiadat..meriam itupun selamat dibawa ke Kuala Selangor... Ketika itu juga Datuk Penggawa telah sedia menunggu dengan penuh istiadat Raja-Raja Selangor...

Doa,selawat dan salam juga asap kemenyan menerawang ke angkasa... Meriam tersebut pun diletakkan di atas tmpat meriam yang dibawak ke Klang...

Seramai 6,8 dan 10 orang cuba mengangkat tetapi tidak berdaya... Dari kejadian ini tahulah Datuk Penggawa bahawa meriam tersebut tidak mengizinkan dirinya berada atau menggantikan tempat itu...

Bomoh memainkan peranan kembali dan ... Akhirnya meriam tersebut berkehendakkan agar diletakkan berhampiran dengan kepungan makam Sultan dan halakan muncungnya ke arah dia diambil yakni ke Kuala Sungai Buluh... Akhirnya disemadikanlah meriam tersebut ke tempat yang ada kini...

Petoi Boga.

Kedatangan meriam baru ni benar-benar memberi kesan kepada Datuk Penggawa. Dua hari setelah meriam tersebut berada ditempatnya..Dato Penggawa pun pulih sepert sedia kala....

Dlm keadaan kelam-kabut inilah pula EXCO Selangor mengadakan mesyuarat dan membenarkan supaya meriam dari Kuala Selangor itu dipulangkan ke tempatnya..mengisi tempat yang kosong.. Hingga kini meriam itupun berada ditempat asalnya...

Mengikut keterangan dari Pak Sampul meriam baru ini memangnya pempuan... Namanya Petoi Boga dalam bahasa Bugis dan membawa maksud Puteri Putih dalam bhasa Melayu...

Sebagai mengenang tragedi ini meriam tersebut ditukar namanya kepada Meriam Penggawa.. bersempena nama jawatan Orang Besar Kuala Selangor yang terlibat secara langsung... Dari sejak itu pulak dikatakan Datuk Penggawa sering menerima berbagai-bagai alamat dan ilham melalui mimpi...

Pengistiharan nama baru ni telah dilakukn oleh YB Dato Muhammad bin Ya'akub, Bekas Menteri Besor Kelantan..yang pada ketika itu menjadi Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Naib Yang DiPertua Persatuan Sejarah Malaysia pada 29 September1973...

Meletup Kali Kedua.

Pada 16 Ogos, 1976..bersamaan 22 Ramadhan 1396 iaitu hari Khamis kira-kira pukul 3.45 petang kedengaran suatu letupan amat kuat yang datangnya dari arah Bukit Kuala Selangor...

Tempat-tempat yang paling jauh kedengaran bunyi tersebut adalah Bukit Kerayong 25 batu dari Kuala Selangor ke selatan... Sekinchan di bahagian utara kira-kira 20 batu dari Raja Musa 16 batu ke timur... Ramai penduduk di pekan Kuala Selangor merasakn letupan ni agak berbeza dari bunyi yang lain... Kisah letupan yang ganjil ini dikatakan begitu serius...

Dari bahana letupan ini menyebabkan beberapa buah pejabat di Kuala Selangor seperti Pejabat Pos, Masjid, Balai Polis dan Bomba bergoncang. Ini diakui sendiri oleh mereka yang bertugas ketike tu...

Seorang pegawai yang bertugas di menara api di atas bukit yang sama begitu terkejut dengan letupan tersebut yang datangnya dari timur yakni dikawasan meriam tiga sederet itu...

Setelah berita ni tersebar dan diperkatakan oleh orang ramai..khasnya dari jemaah sembahyang Terawih pada malam tersebut..kira-kira pukul 8 malam hari Khamis malam Jumaat. Penulis (Dato' Dr. Haji Yusuff) dan 4 orang yang lain membuat satu tinjauan ke tempat kejadian yang dikatakn itu...

Tiada apa2 kesan keganjilan yang didapati melainkan di antara 3 pucuk meriam duduk sederet lurus hanya meriam yang tengah itu sahaja yang didapati panas (hangat) sedangkan yang lain rasanya sejuk bersesuaian dengan keadaan malam ketika itu...

Keadaan ini menyebabkan rombongan ini bertambah minat untuk mengetahui dengan lebih lanjut... Keanehan bertambah kerana meriam yg sepanjang 8 kaki tu cuma 6 kaki dibahagian belakangnya (buntut) sahaja yang panas sedangkan 2 kaki di bahagian muncung tetap sejuk...

Hal ini disahkan oleh beberapa orang lain yang turut serta bersama penulis... Ada diantaranya yang menghulurkan tangan ke dalam mucung meriam tersebut untuk mencari sesuatu kesan yang boleh menguatkan lagi telahan tetap namun tidak mendapat apa-apa hasil pun...

Mereka-meraka yang sangat mengetahui hal ni adalah:-

En. Nardin bin Abdullah, seorang mata-mata di Balai Polis
En. Shahrin Shah bin Rahimin, dari Pejabat Pos
En. Ali bin Hassan yg sedang bertugas di Balai Bomba
En. Khairuddin bin Hj. Noor sedang bertugas di Bukit Kerayong (JKR) ketika kejadian...

Hal yang diperkatakan ini tidak mustahil... Memang boleh dikatakn setiap malam minggu berpuluh-puluh pasangan muda mudi naik ke bukit tersebut... Itulah perkara yang dianggap orang tua sebagai perkara maksiat yang menodai kesucian Bukit Selangor sehinggalah berlakunya tragedi itu...

Walaubagaimanapun cerita meriam Petoi Boga dikaitkan dgn 2 cerita...

Beberapa tahun kemudian En. Husain Bin Omar sorang peminat sejarah iaitu berkerja sebagai mandur di Majlis Daerah Kuala Selangor menjelaskan:-

Beliau telah diberitahu penemuan sepucuk lg meriam kira-kira 50 meter dari jambatan Sungai Buluh, Kuala Selangor dalam bulan Ramadhan...

Meriam ini dikatakan ada hubung kaitnya dengan Petoi Boga meriam ini kononnya lelaki...

Penemuan meriam kedua ni pada jam 8.30 malam hari Ahad bersamaan 18 April 1982 di Sungai Buluh, Kuala Selangor oleh sorang nelayan Cina... Apa bila berita ini diberitahu En Husain Omar bersama bersama YM Raja Baharuddin Bin Raja Borhan ketika itu sebagai Ketua Polis (OCPD) Kuala Selangor bergegas melihat...

Dengan kerjasama pihak Polis Diraja Kuala Selangor, meriam ini dapat dibawa pulang ke Kuala Selangor... Kemudiannya diletakkan di hadapan Pejabat Polis Diraja Kuala Selangor bebrapa ketika sebelum diserahkan ke Muzium Negara...

Keris Tua Dijumpai.

Pada 23 September, 1976, En. Husain bin Omar dalam perjalanannya mendaki Bukit Selangor, kerna tugas sebagai mandur Majlis Daerah Kuala Selangor dengan tidak semena-mena matanya tertumpu pada sebilah keris yang terpacak di pangkal sepohon Jejawi...

Keris yg dijumpai pada hari Khamis itu disimpan dan dibalut dengan kain hitam... Pada malamnya Husain bermimpi supaya keris tersebut diserahkn kepada seseorang yang berketurunan raja yang boleh dipercayai... Keesokan harinya En. Husain menyerahkn keris itu kepada Raja Nasron bin Raja Ishak, ketika itu selaku Ahli Dewan Rakyat Kuala Selangor...

Sebelumnya Husain menyerahkn keris tu, Raja Nasron telah menyimpan sebilah keris pusaka dari ayahandanya... Oleh kerna keris itu telah lama, Raja Nasron telah menggantikn hulu dan sarung yang lama kepada yang baru, disamping menyimpan sarung dan hulu yang lama..

Setelah mendapat keris pemberian En. Husain itu, Raja Nasron pun cuba menyarungkan kepada sarung dan hulu yang lama yang di dalam simpanannya.

Seminggu sebelum En. Husain menyerahkn keris yang dijumpai kepada Raja Nasron, Raja Nasron ada bermimpi iaitu sebagai Wakil Rakyat..setiap hari beliau didatangi oleh orang ramai di pejabatnya kerna mengadu hal dan meminta nasihat. Di antara orang ramai yang menemuinya paling akhir ialah sorang orang tua berpakaian serba hitam, berukuran tinggi tidak kurang dari 7 kaki. Di kepalanya terbelit sehelai kain semutar atau tengkolok... Dengan cara hormat dan takzim dia merapati Raja Nasron...

Bile ditanya, orang tu menyebut bahawa dia datang dari Bukit Kuala Selangor... Kedatangannya meminta agar Raja Nasron meneruskan perjuangannya menentang kader2 komunis...

Selesai sahaja orang tua tu memperkatakn dialog tersebut dia pun hilang dari pandangan... Sewaktu dia melangkah pintu pejabat tu dia berpesan, "Patik akan datang menemui Engku lagi", Raja Nasron pun terjaga...

20 April 2011

PERLAWANAN BOLA SEPAK WARIS DAN KERABAT NEGERI PERAK

Dengan izin Ilahi maka suatu kemurnian niat telah tercapai bagi memastikan satu hubungan kekeluargaan yang besar dapat berhimpun dan mengambalikan semangat yang membentuk roh yang menyatukan hubungan silaturahim dari Warisan dan Kerabat DiRaja Negeri Perak.

Alhamdulilah program yang di rancang telah terlaksana sebagaimana yang di rencanakan iaitu pada 26 Mac 2011 jam 5.00 Petang bertempat di Padang Sultan Abdul Jali, Ipoh, Perak. Program ini telah di kelolakan oleh YM Raja Shahriman Bin Raja Harun Al Rashid, YM Raja Muzaffar Idris Shah Bin Raja Izzudin Iskandar dan YM Megat Samsuar Aznil Bin Ahmad.

Program ini bermatlamat untuk beramah mesra dan saling kenal mengenali antara Waris dan Kerabat Negeri Perak dan ianya telah di hadiri oleh YTM Raja Kecil Besar Raja Dato' Sri Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris selaku tetamu istimewa dan berkenan untuk menyampaikan cenderamata kepada semua pemain.

Sumber :
Foto - YM Raja Shahriman

18 April 2011

SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK KE 83


Daulat Tuanku...Daulat Tuanku... Daulat Tuanku...

Patik Merafak Sembah Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafaru'llahulahu Sultan, Yang Di-Pertuan Dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan Sempena Ulang Tahun Keputeraan Tuanku Ke-83

Merafakkan sembah penuh taat penuh setia, bertekad memelihara kemuliaan pemerintahan Beraja, memperku...kuhkan tradisi negeri bersultan rakyat beraja; tradisi diwarisi turun temurun, agar terus subur dan segar kekal sepanjang zaman, merentas peredaran waktu merentas peralihan masa.

Semoga Tuanku dilanjutkan usia dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan ILAHI, Hidup dengan penuh kebahagiaan dan kerukunan serta dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, bersemayam di atas takhta singgahsana sebagai Amirulmukminin dengan penuh keberkatan fid-dunia wal-akhirat.

Sembah Takzim :
Seluruh Warga Pendokong Payung Mahkota Dirgahayu Raja Melayu
19 April 2011

MERAFAK UCAPAN TAHNIAH SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTERAAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG


Daulat Tuanku...Daulat Tuanku... Daulat Tuanku...

Patik Merafak Sembah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Merafakkan sembah penuh taat penuh setia, bertekad memelihara kemuliaan pemerintahan Beraja, memperku...kuhkan tradisi negeri bersultan rakyat beraja; tradisi diwarisi turun temurun, agar terus subur dan segar kekal sepanjang zaman, merentas peredaran waktu merentas peralihan masa.

Semoga Tuanku dan Raja Permaisuri Agong dilanjutkan usia dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan ILAHI, Hidup dengan penuh kebahagiaan dan kerukunan serta dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, bersemayam di atas takhta singgahsana sebagai Amirulmukminin dengan penuh keberkatan fid-dunia wal-akhirat.

Sembah Takzim daripada:
Seluruh Warga Pendokong Payung Mahkota Dirgahayu Raja Melayu
04 Jun 2011

16 April 2011

ISTANA SULTAN ALAUDIN SULEIMAN SHAH-JUGRA



Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah mendirikan sebuah istana pada awal zaman pemerintahannya iaitu pada 1899 di Kampung Bandar lebih kurang 13 kilometer dari pekan Banting, Selangor yang juga terletak berhampiran dengan Masjid Bandar.

Tapak bangunan ini berhampiran dengan sungai dan jalan raya yang menghubungkan Bandar Temasya dengan Jugra dan Klang. Setelah kawasan ini dibuka dan dibangunkan, ramai pendatang dari luar seperti orang orang Jawa datang bertapak dan memajukan kawasan ini.

*Sejarah dan asal-usul pembinaan

Menurut sejarah, istana ini dibina semasa berlakunya krisis dalam istana tersebut berkenaan peristiwa ketidaksefahaman yang berlaku antara isteri Sultan Alauddin iaitu Tengku Ampuan Mahrum dan isteri baginda dari kalangan orang kebanyakan. Namun begitu pada dua hingga tiga tahun pertama, istana ini digunakan sebagai tempat bersemayam baginda sultan bersama isteri baginda iaitu dari keturunan orang kebanyakan sehingga isteri baginda mangkat pada tahun 1920-an.

Keseluruhan bangunan istana ini direka bentuk dan dibiayai oleh Sultan Alauddin dan baginda bersemayam di istana ini lebih kurang 35 tahun sehinggalah baginda mangkat pada 1938.

*Perancangan dan konsep reka bentuk

Reka bentuk bangunan Istana Alauddin ini adalah campuran di antara seni bina tempatan dan kolonial. Bumbung limasnya menggambarkan elemen seni bina Aceh dan fasadnya berbentuk simetrikal menurut ciri kolonial seperti juga pada tiang-tiang yang digunakan dipengaruhi reka bentuk seni bina Rome dan Gothik serta penggunaan dinding bata yang tebal.
Terdapat juga pengaruh dari seni bina Asia Barat terutamanya dari segi pahat dan seni ukir yang ada pada bahagian tingkap dan pintu.

Istana ini dibahagikan kepada tiga hierarki ruang yang utama iaitu ruang umum bagi kegunaan rakyat, ruang separa umum untuk pekerja istana dan ruang persendirian yang dikhaskan bagi kerabat dan golongan diraja. Ruang yang terletak di tingkat pertama lebih bercirikan kepada ruang umum dan separa umum manakala ruang di tingkat bawah terdiri daripada bilik-bilik. Istana ini mempunyai 40 bilik kesemuanya.

*Elemen reka bentuk dan bahan binaan

Keseluruhan bangunan ini dibina daripada batu-bata dan konkrit. Dindingnya terdiri daripada dinding tanggung beban dan dinding dari jenis tiang dan alang. Bahagian koridor dan bahagian ruang yang luas di tingkat atas menggunakan sistem struktur rentangan. Lantai bagi ruang tingkat bawah dibina daripada lantai konkrit berjubin manakala ruang atas keseluruhan istana menggunakan lantai kayu cengal.

Terdapat banyak tangga yang digunakan untuk ke dalam dan keluar istana dan di antaranya ialah tangga utama pada bahagian hadapan di mana ia berbentuk melengkung dan diperbuat daripada konkrit serta dihiasi dengan kekisi dan minaret pada bahagian atasnya.

Tangga yang berdekatan bilik beradu pula dikhaskan untuk golongan kerabat diraja sahaja. Terdapat juga tangga kayu yang digunakan dan diperbuat daripada kayu cengal.

Istana ini mempunyai 27 bukaan tingkap yang mengunakan panel kayu iaitu kayu ram boleh laras dan saiznya bergantung kepada fungsinya samaada untuk bukaan di ruang utama awam atau ruang peribadi. Pintunya pula kebanyakannya dibina daripada kayu dan ia juga bergantung kepada fungsi dan kegunaannya.

Struktur tiang bahagian bawah dibina daripada batu bata dan dipenuhi dengan ukiran dan motif tumbuhan, manakala struktur tiang di bahagian atas agak lebih kecil iaitu berukuran 400 m x 400 mm. Keseluruhan istana ini ditutupi dengan bumbung limas, namun aras bumbung limas ini berbeza-beza ketinggiannya kerana dikatakan untuk menggambarkan struktur hierarki pentadbiran dalam istana.

Bumbung bertingkat pula dibina untuk menutupi ruang utama yang dikhususkan untuk keluarga diraja, ruang dapur dan balai nobat manakala bumbung rata ditambah pada awal 1900 semasa istana ini diubahsuai.

*Kesimpulan

Istana Sultan Alaudin ini menggambarkan seni bina yang dianggap unik bukan sahaja dari aspek kronologi sejarahnya tetapi juga dari aspek reka bentuk terutamanya dari aspek penggabungan senibina pelbagai bahasa iaitu kolonial dan bahasa tempatan tetapi disesuaikan mengikut konteks kehidupan dengan elemen bahan binaan dan keupayaan teknologi moden.
Ia memaparkan hasil karya seni bina yang berbeza dan merupakan hasil warisan seni bina yang terunggul di rantau Asia Tenggara ini.

------------------
Pembentangan:
- Prof. Dr. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi ialah Pengarah Pusat Kajian Alam
Bina Dunia Melayu (Kalam), Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

Translate